02066 7. Pemuda Bani Tamim Berasal dan Keluar Dari Timur
A. Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”
B. Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”
Kedua-dua penyataan ini menjelaskan dan membuat penegasan
bahawa pembawa Panji-panji Imam Mahdi itu adalah Syuaib bin Saleh,
berasal dari keturunan Bani Tamim dan tempat kelahirannya adalah di
Timur. Jelaslah bahawa memang muktamad bahawa Pemuda Bani Tamim
yang digelar Syuaib bin Saleh itu adalah orang yang datang dari
kalangan bangsawan Quraisy, dari Bani Tamim, tetapi nenek moyangnya
telah berhijrah ke Timur, bercampur dengan orang-orang Timur, dan
akhirnya melahirkan pembantu kanan Imam Mahdi itu. Penyataan
mengenai hal ini sudah pun disebutkan pada bahagian sebelum
ini.
Panji-panji yang dimaksudkan itu adalah tapak daulah Imam Mahdi,
selain maksud sebenar panji-panji hitam itu. Sesiapa yang mendapat
daulah di Timur, maka tidak syak lagi bahawa dialah Pemuda Bani
Tamim yang dimaksud oleh hadis-hadis, dan keperibadian yang cukup
rahsia itu terbongkar pada hari itu. Susur galur keturunannya tidak
perlu lagi diselongkar, kerana memang telah muktamad dia itu Pemuda
Bani Tamim kerana hadis sudah mengesahkannya berkali-kali, bukan
setakat sekali sahaja.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 4894 reads
Post new comment