02058 13. Dunia Dipenuhi Dengan Penindasan
A. Sayidina Ali bin Abi talib KMW berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Jika cuma tinggal sehari sahaja sebelum kiamat tiba, nescaya Allah pasti akan mengutuskan seorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan penindasan.”
Sudah menjadi kelaziman umat manusia sejak anak-anak Nabi
Adam AS lagi, terutamanya pada hari ini, apabila merasakan dirinya
kuat dia akan menindas pihak yang dirasakan lemah. Pada hari ini
keadaan itu amatlah ketara walau di mana sekali pun kita berada.
Orang-orang yang diberi kuasa akan menindas rakyat jelata dan
orang-orang jahat akan menguasai orang ramai. Orang kaya selalu
menindas orang-orang yang kurang berada dengan pelbagai cara dan
bentuk, daripada yang sekasar-kasarnya hinggalah kepada yang
selembut-lembutnya. Yang miskin sesama miskin juga saling
tindas-menindas. Yang kaya dengan yang kaya juga turut menindas
antara sesama mereka. Pendeknya, tindas-menindas sentiasa berlaku
di mana-mana sahaja, tidak kira siapa dan bagaimana.
Yang ada ilmu agama juga menindas sesama umat Islam. Yang
pandai, cerdik dan pintar akan menindas yang bodoh dan tidak
berilmu. Yang sesama pintar pun saling telan-menelan. Yang bodoh
dengan yang bodoh juga selalu berlaku tipu-menipu dan makan-memakan
antara sesama mereka. Sesiapa yang terpilih mendapat kuasa
pemerintahan di sesebuah negara, pasti lambat laun akan berlaku
zalim juga, dan pasti akan menindas pihak-pihak yang menentangnya,
biar apa pun matlamat perjuangannya atau fahaman politiknya. Yang
kuat dengan yang kuat juga saling berbenturan, apatah lagilah
antara yang kuat dengan yang lemah.
Dalam keadaan yang sering berlaku tindas-menindas inilah Allah SWT
akan mengutuskan Imam Mahdi, dari kalangan Ahlulbait untuk
membetulkan kemanusiaan yang telah terlalu rosak itu. Tugas Imam
Mahdi ini amatlah besar untuk dipikulnya, tetapi beliau sentiasa
mendapat pertolongan daripada Allah dalam setiap urusannya,
sehingga perkara yang besar pun dapat diselesaikannya dengan amat
mudah pula.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2662 reads
Post new comment