02055 10. Terlalu Ramai Pembohong
A. Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Hari kiamat tidak akan datang sehingga muncul para pendusta iaitu dajjal-dajjal, hampir-hampir seramai tiga puluh orang, setiap mereka mengaku bahawa dia adalah utusan Allah.” (At-Tarimzi)
B. Dari Sauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Hari kiamat tidak akan datang sehingga kabilah-kabilah dari umatku mengikut orang-orang musyrik dan sehingga mereka menyembah berhala dan akan ada di kalangan umatku tiga puluh pembohong. Setiap mereka mendakwa bahawa dirinya adalah nabi, dan aku adalah akhir para nabi, tidak ada nabi lagi sesudahku.” (At-Tarmizi)
Angka tiga puluh seperti yang disebutkan itu adalah orang-orang
yang besar namanya, besar pengaruhnya dan besar pula ancamannya
terhadap umat Islam. Yang lain-lain itu kecil pengaruhnya dan
kurang terkenal namanya. Sebab itu sepanjang sejarah umat Islam,
telah berlalu lebih dari tiga puluh nama orang yang mengaku dirinya
sebagai nabi. Mereka inilah dajjal-dajjal kecil, iaitu
utusan-utusan dajjal sebelum Dajjal yang sebenar memunculkan
dirinya.
Umat Islam juga akan mengikut orang-orang Barat (musyrik) baik dari
segi sistemnya, politiknya, budaya, bahasa, pemikirannya, malah
agamanya. Barat yang dimaksudkan ialah orang-orang Kristian kerana
orang Kristian lebih dominan daripada orang Yahudi dari segi
kekuatan dan bilangannya. Itulah maksud yang disebutkan sebagai
menyembah berhala, kerana orang-orang Kristian menyembah salib
mereka. Orang Yahudi tidak menyembah sesuatu, walaupun hanukkah diletakkan di dalam kuil mereka. Orang
Yahudi semasa sembahyang, menghantukkan kepada ke dinding pagar
Masjidil Aqsa sahaja, sebagai tanda sujud.
Dalam keadaan demikianlah, Imam Mahdi akan muncul sebagai pembela
Islam. Beliau akan menghapuskan semua bentuk bidaah dan khurafat,
termasuk khurafat-khurafat moden iaitu sistem-sistem Barat yang
sedang umat Islam amalkan dalam kehidupan mereka. Maka jadilah
mereka sebagai umat yang satu dan bersatu; bersatu dalam semua
segi. Imam Mahdilah pemimpin sejati mereka, selain daripada Syuaib
bin Saleh at-Tamimi.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2568 reads
Post new comment