02053 8. Pemimpin Jahat Akan Binasa
A. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum para pembesar yang sombong binasa (semuanya).”
Ucapan tabiin ini menjelaskan lagi konsep bahawa
pemerintah yang zalim tidak boleh dijatuhkan oleh kita. Mereka
hanya boleh dijatuhkan oleh Allah SWT sahaja. Oleh kerana mereka
naik dengan izin Allah, maka jatuhnya juga adalah dengan izin-Nya
jua. Apa kuasa yang ada pada kita untuk menjatuhkan seseorang
daripada kepemimpinan yang sedang dipegangnya? Tidakkah semuanya
itu adalah kerja Allah? Apa hak kita untuk mengambil alih kerja
Tuhan? Siapa kita untuk menentukan si anu sebagai pemimpin dan si
anu perlu kita jatuhkan daripada tampuknya?
Imam Mahdi akan naik memerintah selepas semua diktator dijatuhkan
oleh Allah daripada pemerintahan mereka, sehingga apabila Imam
Mahdi naik memerintah kelak, dunia ini sudah bersih keseluruhannya
daripada sistem Barat yang lapuk dek hujan itu berkat Imam Mahdi.
Pemerintah bertaraf diktator juga sudah dijatuhkan. Maka sistem
Islam yang sebenarlah yang akan mengambil alih, dengan kuasa
pemerintahan akan berada di dalam genggaman Imam Mahdi yang sangat
dinanti-nantikan itu, Imam yang sangat soleh itu.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2512 reads
Post new comment