02052 7. Amalan Agama Sangat Berkurangan
A. Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya kamu (wahai para sahabat, berada) pada masa orang yang (jika dia) meninggalkan satu persepuluh dari apa yang diperintahkan-Nya, nescaya binasalah dia. Kemudian akan datang suatu masa orang yang beramal satu persepuluh dari apa yang diperintahkan-Nya, nescaya akan selamatlah dia.” (At-Tarmizi)
B. Sabda Nabi SAW,
“Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.” ( Muslim)
Secara umumnya pada akhir zaman ini, hampir seluruh umat Islam
sangat jauh daripada pengamalan sebenar Islam, sehingga untuk
mencari orang atau jemaah yang dapat menghidupkan sepersepuluh
daripada keseluruhan ajaran Islam ini pun amatlah susah. Kalau ada
sesebuah jemaah yang berjaya menegakkan ajaran Islam dalam
jemaahnya sehingga sepersepuluh, maka jemaah itu dikira sebagai
jemaah tajdid untuk zamannya. Sudah pasti jemaah ini akan menerima
tekanan yang maha hebat dan dahsyat daripada banyak pihak seperti
pemerintah, ulama semasa, jemaah lain yang tidak berjaya, orang
ramai, orang-orang kafir, para munafik dan orang-orang fasik.
Pernah dilaporkan bahawa umat Islam yang mengerjakan sembahyang
tidak sampai pun sepuluh peratus daripada keseluruhan jumlah
mereka. Perangkaan ini amatlah menyedihkan kerana sembahyang itu
adalah suatu fardhu yang tidak boleh tidak mesti dilaksanakan. Jika
sembahyang yang sebegitu penting pun, tidak sampai sepuluh peratus
yang mengerjakannya, maka apa lagilah syariat-syariat yang lain.
Lebih-lebih ramai lagi yang tidak pernah membuatnya sepanjang hidup
mereka.
Berdasarkan perangkaan ini sahaja kita sudah dapat melihat bahawa
apa yang disabdakan oleh Nabi SAW itu amatlah benar, tidak dapat
disangkal lagi. Oleh kerana amat berat untuk melaksanakan Islam
ketika umat Islam sendiri sedang amat rosak, maka Nabi SAW
menjanjikan bahawa sesiapa yang sanggup dan mampu melaksanakan
sunnah baginda SAW pada masa itu, akan diberi pahala sebanyak
seratus kali syahid. Ini ada benarnya kerana orang yang syahid itu
hanya menanggung kesusahan sekali dan sekejap sahaja sebelum dia
syahid. Musuh yang perlu dihadapinya pula hanya seorang atau dua
orang sahaja. Selepas itu dia syahid. Maka dapatlah dia syahid dan
pahala syahid. Para mukmin akhir zaman terpaksa menanggung
kesusahan dalam hidup berkali-kali dan berpanjangan pula masa
menanggungnya, iaitu hingga ke akhir hayat mereka. Dan mereka pula
hidup dikelilingi oleh jahiliyah yang amat tebal dan terlalu
ramai.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2369 reads
Post new comment