02049 4. Manusia Meninggalkan Tuhan
A. Kata Sayidina Ali KMW,
“Sungguh, seorang lelaki daripada keturunanku akan datang ketika hampir kiamat nanti (yang pada ketika itu) hati orang yang beriman mati, seperti matinya jasad mereka akibat bala, kelaparan, pembunuhan, ujian yang berat, peperangan yang hebat, pupusnya sunnah, tersebarnya bidaah, susahnya mencari rezeki yang halal dan tersebarnya harta-harta haram. Maka melalui Al-Mahdi, Muhammad bin Abdullah, Allah akan menghidupkan semula sunnah yang telah mati, dan dia diredhai kerana keadilannya, manakala hati orang-orang yang beriman merahmatinya. Orang-orang Arab dan Parsi akan bersatu melaluinya, lalu dia memerintah selama beberapa tahun, lalu meninggal dunia.”
Ada dua sebab utama dan beberapa sebab sampingan yang
menjadi punca manusia meninggalkan Tuhan. Sebab pertama ialah
kerana pupusnya ulama hakiki, yang berjiwa tauhid, yang berhati
sufi, yang berakhlak nabi, yang berakidah salafus saleh. Apabila
golongan ini pupus, manusia akan mengikut orang-orang yang
mengutamakan hawa nafsu dan dunia, kerana golongan inilah yang akan
mula-mula menonjol setelah kepupusan golongan ulama hakiki.
Akibatnya, manusia melupa dan meninggalkan Tuhan, dan mengikut
golongan yang sesat itu. Golongan ulama yang ada, sungguhpun
bilangannya cukup ramai, langsung tidak berupaya membawa hati
manusia untuk mendekati Tuhan. Memanglah mustahil mereka dapat
membawa hati manusia mendekat kepada Tuhan, sebab hati mereka
sendiri pun amat jauh daripada Tuhan dan merasakan bertuhan. Allah
SWT sendiri pun tidak mahu mendekati hati golongan ulama zahir ini,
sebab hati mereka terlalu kotor, penuh penyakit dan amat keras.
Sebab itu pertolongan terus daripada Allah tidak turun kepada
manusia, kerana hatinya tidak ada kait-mengait langsung dengan
Allah.
Sebab kedua manusia meninggalkan Tuhan ialah kerana golongan
pemerintah yang ada gagal menunjukkan jalan yang benar untuk
manusia mengetahui, mengenali, mendekati, mencintai dan merindui
Tuhan. Mereka takut jika manusia mencintai Tuhan, rakyat akan
meninggalkan pemerintah dan meninggalkan dunia yang sia-sia.
Jangkaan mereka ini amat silap, kerana apabila seseorang itu sudah
mencintai Tuhan sepenuh hati, seluruh hidupnya akan ditumpukan
kepada Allah semata-mata. Masalah jenayah tidak lagi berlaku,
masalah sosial juga tidak berlaku, masalah ekonomi tidak timbul,
pemerintah tidak pening kepala, pemerintah tidak sibuk-sibuk tak
tentu hala, masyarakat jadi baik dan seterusnya.
Apabila pemerintah sendiri gagal menunjukkan Tuhan kepada
rakyatnya, maka mereka terpaksa menanggung terlalu banyak
kesusahan, kepayahan, kesibukan, kepeningan dan bermacam-macam ke…an lagi seperti yang dapat kita lihat dan
saksikan pada hari ini. Semuanya ini berpunca daripada kegagalan
pihak pemerintah membawa hati orang ramai kepada Tuhan mereka.
Seperti yang disebutkan, apabila keadaan ini berlaku, Allah SWT
akan menurunkan seorang kekasih-Nya yang amat terpilih di kalangan
umat ini untuk membetulkan hati-hati manusia yang telah sangat
rosak itu, sehingga akhirnya hati mereka menjadi satu kembali
setelah sebelumnya sekian lama retak seribu. Tidak ada orang lain
yang dinyatakan berupaya membetulkan hati manusia seluruhnya
melainkan beliau seorang sahajalah yang diberikan kemampuan. Orang
lain, walau sehebat manapun peribadinya, tetap tidak akan diberi
keupayaan oleh Allah. Sebabnya, hati orang itu sendiri pun amat
jauh daripada Allah dan pada satu-satu zaman, hanya seorang sahaja
yang Allah wakilkan untuk mentadbir bumi ini seluruhnya. Hanya
orang Allah sahaja yang akan Allah bantu dalam urusan
pemerintahannya. Yang bukan orang Allah, tidak sekali-kali akan
diberikan bantuan oleh Allah.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2538 reads
Post new comment