02038 8. Imam Mahdi Adalah Imam Ghaib
A. Sabda Nabi SAW,
“Allah akan menzahirkan dari persembunyiannya, al-Mahdi yang (berasal) daripada kaum kerabatku sejurus sebelum tibanya hari kiamat, walaupun umur dunia ini hanya tinggal sehari sahaja. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan dan akan menghapuskan kezaliman dan penindasan.” (Imam Ahmad)
Mungkin didorong oleh hadis inilah yang menyebabkan puak Syiah
dengan penuh yakin dan berani mendakwa bahawa Imam Mahdi mereka
adalah Imam Ghaib, yang ghaib sejak kecil, sewaktu umurnya
enam tahun (atau sembilan tahun) di sebuah gua di Samarra, utara
Iraq hari ini.
Sebenarnya yang dikatakan ghaib itu ialah Imam Mahdi itu berada di
alam wali iaitu sebuah alam yang dikhususkan untuk para wali
berehat sejenak daripada kelesuan beribadat dan kepenatan
bermujahadah. Imam Mahdi berada di sana dan mentadbir sekalian alam
ini menerusi cara ghaibnya, secara kerohanian, di samping
mempertingkatkan mutu ibadatnya kepada Allah. Beliau bukannya ghaib
menurut cara ghaibnya Imam Mahdi orang-orang Syiah itu.
Apabila tiba masanya untuk beliau keluar, barulah dizahirkannya
dirinya, iaitu mula-mula dilihat di Madinah, kemudian di Makkah,
kemudian di Madinah kembali, sebelum seterusnya di Makkah semula,
lalu dibaiat oleh orang ramai, pasukan tenteranya, para wali,
jemaah haji dan penduduk dari serata dunia.
Hal ini sebenarnya amat sukar untuk diterima oleh para sarjana
Islam, cendekiawan dan orang ramai. Hanya orang yang diberikan
hidayah oleh Allah, para wali sendiri, para siddiqin dan pejuang
kebenaran sahaja yang boleh dan mampu menerima kenyataan ini.
Penolakan ini disebabkan mereka tidak mempunyai asas tasawuf yang
baik yang membolehkan mereka menerima adanya alam wali yang ghaib
itu. Mereka juga lebih mementingkan logik akal semata-mata. Maka
kisah ini dimasukkan ke dalam kisah-kisah dongeng sahaja oleh
mereka.
Memanglah akal kita yang ‘sihat’ ini akan
menolak mentah-mentah sesuatu yang di luar kemampuan akal kita
untuk menerimanya. Juga kerana hal ini tidak pernah diberitahu oleh
syarak secara tersurat, sama ada melalui firman-Nya ataupun sabda
Nabi-Nya. Hanya orang yang diberikan hidayah sahaja yang mampu
menerimanya dengan tenang.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 4639 reads
ghaib tu boleh jadi
ghaib tu boleh jadi disembunyikan identiti nya oleh Allah sbelum kemunculannya.dia pun macam manusia lain juga.tak adillah kalau kata dia ghaib pastu tiba2 myncul sedangkan Nabi S.A.W pun mengalami susah payah,sakit demam macam manusia lain juga.umpama nak pandai berenang kenalah belajar berenang secara practical(alam duniawi) bukannya sekadar teory (alam ghaib)jer...sedangkan Nabi S.A.W pun bergaul dengan masyarakat secara nyata bukannya ghaib dulu pastu baru Allah angkat/muncullan Rasullullah sebagai seorang Rasul.fikir2kanlah.semua urusan dan pengetahuan di milik Allah jua...
Ghaib???
Jika Allah mengkehendaki sst i2, maka jadilah..Tidak ad siapa yg boleh mnghalangnya..Klu kta fikirkan smula, smasa hayat Rasulullah s.a.w. trlalu byk mukjizat yg Allah berikan kpd Baginda s.a.w.I2 dh mnunjukkan bukti dan tanda2 org mengaguminya..Xprlu lg dighaibkn, kemudian dihidupkan smula..Tp, zaman skrg ni trlalu brbeza..Tidak ad lg mukjizat..Yg ad hanya Karamah bg mrk2 yg dimuliakan Allah..Jd, klu ghaib 2 kta xleh nk prsoalkan..Allah kata "Kun Fayakun, Jadi, maka jadilah"..Sbgmn kta dhulu, tiada, kmudian diadakan..So, xpeliklr pn..Ghaib i2 juga 1 Karamah bg org yg dipilih-Nya..TQ..
~ Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku,Al-Quran petunjukku ~
Post new comment