02031 1. Kelebihan Imam Mahdi di Kalangan Ahlulbait
A. Dari Anas bin Malik RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Kami, anak keturunan Abdul Muttalib, (adalah) pemimpin ahli syurga iaitu saya (SAW), Hamzah, Ali, Jaafar, al-Hasan, al-Husin dan al-Mahdi.” (Ibnu Majah)
Hadis ini secara jelas dan terang menyebutkan bahawa Imam Mahdi
adalah antara tujuh orang pemimpin Ahlulbait di
syurga kelak. Maknanya Imam Mahdi termasuk salah seorang yang sudah
dijamin syurga oleh Rasulullah SAW. Bukan sahaja dijamin syurga,
malah menjadi salah seorang penghulu di syurga kelak. Baginda
adalah antara beberapa orang yang dijamin syurga oleh Allah seperti
yang berlaku kepada para sahabat pada zaman Nabi SAW dahulu.
Dan di kalangan Ahlulbait sendiri, beliau termasuk orang yang sudah
mendapat jaminan Allah dan rasul-Nya akan dimasukkan ke dalam
syurga di akhirat kelak. Jelaslah bahawa Imam Mahdi itu adalah
salah seorang Ahlulbait yang sangat utama dan mendapat kedudukan
yang sangat tinggi pada sisi Allah SWT.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 4422 reads
Post new comment