02029 Sajak - IMAM MAHDI ADALAH MISTERI
Imamul Mahdi adalah misteri,
Walaupun banyak hadis yang
bercerita,
Hendak dihuraikan secara nyata amat sulitnya,
Hendak
ditolak payah juga,
Hadis mengenainya terlalu banyak
Bahkan ada yang
bertaraf masyhur,
Siapa pun di kalangan ulama, ditanya tidak akan
puas,
Bahkan akan berlaku ikhtilaf di kalangan mereka,
Siapa saja
yang boleh menerangkan tentang Imamul Mahdi secara puas,
Dialah
orang penting dan orang kanannya,
Kerana dia menghurainya dibantu
dengan ilham
Dan berita-berita ghaib,
Siapa yang bukan orang
kanannya
Hanya boleh menghurai di sekitar hadis saja,
Siapa orang
kanannya, dia menghurai dibantu oleh ilham
Atau berita ghaib
menguatkannya,
Orang kanannyalah lebih tahu tentang Imamul Mahdi
Al-Muntazar,
Selainnya hanya boleh menghurai secara rambang,
Bahkan
orang kanannya boleh berhubung
Dengan Imamul Mahdi di waktu-waktu
tertentu,
Dapat panduan, dapat bimbingan, dapat berita ghaib akhir
zaman,
Kerana itulah dia boleh menceritakan
Tentang Imamul Mahdi
dengan tepat dan puas,
Walaupun begitu, bukan semua orang boleh
menerimanya,
Lebih-lebih lagi para ulamanya bukan senang hendak
percaya,
Bahkan setelah lahirnya pun
Para ulama ada yang
menentangnya,
Di waktu itu mereka akan nahas,
Mereka akan menerima
padahnya hasil penentangannya.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 4679 reads
Post new comment