0141 Pendapat Lain Bagi Ibnu Khaldun
Ibnu Khaldun akhirnya merumuskan berkenaan hadis-hadis yang menceritakan mengenai Imam Mahdi sebagai berikut:
Kebenaran yang mesti diketahui oleh seseorang ialah tiada tokoh agama atau kuasa politik yang boleh benar-benar berjaya, melainkan tokoh atau kumpulan itu merasakan wujudnya sokongan kepada cita-cita agama dan politik, dan mempertahankannya daripada orang-orang yang menolaknya. Juga sehingga Tuhan akan menguruskan hal mereka itu. Kami telah menyebutkannya sebelum ini, dengan bukti-bukti yang tepat, yang kami bentangkan kepada pembaca. Kumpulan yang merasakan sedemikian adalah dari kalangan anak-anak Fatimah dan Bani Abu Talib, iaitu dari kalangan kaum Quraisy, yang sudah tiada lagi di mana-mana pun. Pengecualian hanya diberi kepada sisa-sisa keturunan Abu Talib - Hasani, Husaini, dan Jaafariah -- di Hijaz, di Makkah, al-Yanbu’, dan Madinah. Mereka telah berpecah ke serata kawasan dan cuba menguasainya. Mereka kini menjadi golongan Badwi. Mereka mendiami dan memerintah di tempat-tempat terpencil dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang jauh menyeleweng. Bilangan mereka mencecah beberapa ribu orang sahaja. Jika benarlah bahawa Mahdi itu akan zahir, inilah satu-satunya cara propaganda untuk membuatkannya benar-benar zahir. Dia mestilah salah seorang dari mereka, dan Allah mestilah menyatukan mereka untuk menjadi pengikutnya, sehingga dia mempunyai cukup kekuatan dan kumpulan pengikut untuk menambahkan kejayaannya, sekali gus menggerakkan rakyat menyokongnya. Satu cara lain - seperti yang dilakukan oleh Bani Fatimiah yang menyebarkan fahaman (tentang al-Mahdi) kepada seluruh rakyat di mana-mana jua, tanpa sokongan daripada pengikut dan juga kekuasaan, yang amat bergantung hubungannya dengan Keluarga Nabi Muhammad SAW - tidak akan diterima atau berjaya, untuk menyatakan sebab-sebab yang kami sebutkannya terdahulu.
Sebagai tindak balas terhadap penilaian Ibnu Khaldun ini,
kita mestilah menyisihkan fakta bahawa tidak ada keraguan,
seseorang yang mahu menapak dan membesarkan kuasanya untuk
mendirikan sebuah kerajaan mestilah mendapatkan sokongan yang tidak
berbelah bagi daripada para pengikutnya untuk mencapai matlamatnya
itu. Syarat yang sama juga mesti dipenuhi semasa menunggu zahirnya
Imam Mahdi dan pembaharuan sejagatnya itu.
Tetapi itu adalah dalam kes orang biasa yang ingin menjadi
pemerintah, bukannya Imam Mahdi. Imam Mahdi tidak memerlukan itu
semua kerana segala-galanya telah diatur sebegitu rupa oleh Allah
SWT sehingga apabila Imam Mahdi zahir nanti, beliau hanya perlu
duduk di atas singgahsananya sahaja, tanpa perlu bersusah payah
menumpahkan darah. Kerajaannya sudah dijanjikan, kemunculannya
sudah ditetapkan. Mana satu kuasa makhluk yang mampu menahan
Kehendak Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak?
Penilaian yang dibuat oleh Ibnu Khaldun itu adalah berasaskan ilmu
sains kemasyarakatan yang disusun olehnya sendiri. Kenalah
berpegang kepada ilmu yang sendiri susun. Kalau kita sendiri tidak
berpegang kepada ilmu sendiri, siapa lagi yang akan berpegang
kepada ilmu kita. Maka kenalah pertahankan bermati-matian. Ilmu
beliau itu adalah ilmu yang bersandarkan kepada zahir sesuatu dan
logik semata-mata, tidak ada unsur-unsur lain yang perlu diambil
kira atau dipentingkan sangat. Maka beginilah jadinya pendapat
beliau itu - menentang arus secara membabi buta.
Beliau sepatutnya menilai Imam Mahdi secara luar dari kaedah sains
sosialnya itu. Ini dikeranakan Imam Mahdi itu adalah orang Allah
yang amat istimewa, yang jauh berbeza daripada orang kebanyakan
atau pemimpin-pemimpin lain yang ada. Pendokong-pendokongnya
disediakan oleh Allah, bukan oleh beliau sendiri, kerajaannya
disediakan oleh Allah, bukan beliau yang membina dari mula hingga
besar dan kuat seperti lazimnya. Pusat pemerintahannya ditentukan
oleh Allah, bukan oleh beliau atau pengikutnya. Masa keluarnya dan
tempat keluarnya juga sudah ditetapkan, bukan ikut pandai-pandai
sendiri.
Pemerintahannya dapat menyatukan hati seluruh manusia, bukan
sekadar penyatuan zahir seperti yang dilakukan oleh pemimpin besar
dunia yang lain, keberkatannya melimpah ruah, tiada terbayangkan,
malah melebihi keberkatan yang pernah diterima oleh kaum Sabak pada
zaman dahulu dan pemerintahannya amat meliputi seperti yang pernah
dinikmati oleh Nabi Sulaiman AS. Inilah perkara-perkara yang tidak
terfikirkan, tidak terjangkau dan tidak dapat dilogikkan oleh Ibnu
Khaldun dan para pengikutnya sejak dahulu hingga kini.
Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustadz Hawari bin Abdul Malik |
- 2544 reads
Post new comment